Monday, June 25, 2012

Day 05 - Isnin

Hari ini agak menyedihkan di mana Baby Ayra terpaksa dibawa ke hospital menaiki ambulan dari Klinik Kesihatan Gunung Rapat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana Jaundice / Demam Kuning. Bacaan SB hari ketiga adalah 15.8 dan sudah melebihi normal, iaitu 10.5


Baby Ayra dimasukkan ke Nursery 3, Wad 6C dan diletakkan di bawah lampu UV.

Satu benda baru yang dipelajari ialah Sindrom Keliru Puting yang biasanya berlaku pada bayi yang menyusu badan. Ini adalah inovasi yang kurasakan sangat bagus di mana botol susu kini tidak lagi menggunakan puting tiruan, tapi menggunakan sudu. (p/s : Maaf sebab gambar off focus disebabkan ambil curi-curi dalam wad.. He he)

Hari ini juga, Baby Ayra telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan secara rasminya, nama Ayra Nadira bt Azril telah didaftarkan.


No comments:

Post a Comment