Saturday, June 30, 2012

Day 10 - Sabtu

Another day at HRBP, tetapi hari ini dengan lampu yang jauh lebih besar.


Semoga Baby Ayra kuatkan semangat untuk cepat sihat.

Hari ini adalah hari paling gembira buat Baby Ayra.. Atuk Mama dan Atuk Ayah datang dari Pekan bersama Makcik Mimin, Pakcik Ein, Pakcik Iwan dan Pakcik Fauzan. Tak dilupai, Pakcik Along dan Makcik Muza berserta puteri-puteri mereka, Kakak Amanda dan Kakak Alayna

Walaupun tidak dapat menziarah di dalam wad, namun usaha untuk menziarah melalui tingkap sudah cukup untuk mereka melihat Baby Ayra buat ketika itu. Semoga Baby Ayra akan pulang ke Pekan dengan keadaan sihat untuk bermanja dengan Atuk Mama kelak.


Friday, June 29, 2012

Day 09 - Jumaat

Hmm, mungkin ini adalah dugaan kepada kami, Baby Ayra kembali warded kerana bacaan Jaundice kembali meningkat. Selepas lawatan harian ke Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Ayra, Mama dan Opah sekali lagi menaiki ambulan terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, wad yang sama iaitu 6C.

Jelas wajah yang tidak sihat

Tetapi tetap tabah menjalani segala dugaan



p/s : Hari ini Baby Ayra dapat hadiah daripada Danish, or actually parent Danish.. :p Cubaan mengorat nih.. 

Thursday, June 28, 2012

Day 08 - Khamis

Alhamdulilah, hari ini Baby Ayra sihat di rumah.
Semoga tiada lagi yang merunsingkannya..

Hanya mimpi-mimpi indah

Wednesday, June 27, 2012

Day 07 - Rabu

Mana Ayra? Alhamdulilah, hari ini Baby Ayra dah discharged dari Wad 6C. Jaundicenya dah berkurang dan Baby Ayra bertambah sihat.

Discharged pada 2.00pm, selepas 3 hari di dalam wad 6C.

Tuesday, June 26, 2012

Day 06 - Selasa

Waktu melawat untuk Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Namun Baby Ayra hanya boleh dilawat oleh Mama dan Papanya sahaja.

Baby Ayra berada di nombor 30

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..


Monday, June 25, 2012

Day 05 - Isnin

Hari ini agak menyedihkan di mana Baby Ayra terpaksa dibawa ke hospital menaiki ambulan dari Klinik Kesihatan Gunung Rapat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana Jaundice / Demam Kuning. Bacaan SB hari ketiga adalah 15.8 dan sudah melebihi normal, iaitu 10.5


Baby Ayra dimasukkan ke Nursery 3, Wad 6C dan diletakkan di bawah lampu UV.

Satu benda baru yang dipelajari ialah Sindrom Keliru Puting yang biasanya berlaku pada bayi yang menyusu badan. Ini adalah inovasi yang kurasakan sangat bagus di mana botol susu kini tidak lagi menggunakan puting tiruan, tapi menggunakan sudu. (p/s : Maaf sebab gambar off focus disebabkan ambil curi-curi dalam wad.. He he)

Hari ini juga, Baby Ayra telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan secara rasminya, nama Ayra Nadira bt Azril telah didaftarkan.


Sunday, June 24, 2012

Day 04 - Ahad

Hari ini kali pertama Baby Ayra menunjukkan lesung pipitnya untuk kameraku.

Muka nak menangis, tapi belum menangis lagi.

Bukaan mata yang cantik, tapi gambar terblur sket.


Bacaan ujian darah SB adalah 10.4 di mana kadar normalnya adalah 10.5.

Saturday, June 23, 2012

Day 03 - Sabtu

Bacaan ujian darah SB Baby Ayra adalah 6.5, di mana bacaan normal adalah < 10.5

Friday, June 22, 2012

Day 02 - Jumaat

Alhamdulilah, Baby Ayra sudah discharge seawal 10.00 pagi, namun jururawat menasihatkan keluar selepas lunch untuk memberi rehat kepada Mama baby.

Baby Ayra discharge dari Pusat Perubatan Ar Ridzuan pada jam 2.30 petang.

Makna nama Ayra Nadira


Pada 21 Jun 2012, Pusat Perubatan Ar Ridzuan menyambut kehadiran 8 orang bayi
di mana terdapat

7 orang bayi lelaki

dan hanya seorang sahaja bayi perempuan.

Dengan nama yang dipilih, Ayra Nadira yang bermaksud Respectful (Ayra) dan Rare & Precious (Nadira).




Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum Dunia...

Alhamdulilah, bayi perempuan seberat 2.7kg, dilahirkan dalam mode of delivery vacuum telah selamat dilahirkan. Dengan ukuran panjang 47cm dan ukur lilit kepala 31cm. Bayi ini disambut oleh Dr Raoofah di Pusat Perubatan Ar Ridzuan.

Wednesday, June 20, 2012

Pra Kelahiran Ayra

Mama Ayra yang dah mula rasa sakit

Mesin mengesan kekuatan aktiviti baby

Bilik di mana Baby Ayra dilahirkan